Free DHTML scripts provided by
Dynamic Drive




~*~ Selamat Datang Ke Laman Zuera…………..Semoga Terhibur…………..


Tuesday, January 16, 2007
~@~ 3 golongan manusia ~@~

Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya...mereka menjawab???

Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??
X : Sudah tentu… solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah…

Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa… malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku…

Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
X : Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot… tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??

Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..

Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
X : Haram… batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala… stakat salam tu takpe lah..
Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu takpe la..

Dalam golongan manakah kita tergolong?? X, Y atau Z?? tepuk dada, tanya Iman.. Kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa.. rapuh imannya, longgar jiwanya, sempit mindanya. Jadilah manusia LUAR BIASA.. kental imannya, gah jiwanya, tertib solatnya & Quran juadahnya. Wassalam..

{fish 21}


Posted at 10:20 pm by zuera_fadz
 




Saturday, December 02, 2006
~@~ Selangkah Aku pergi~@~

Selangkah aku pergi,

Hati masih berbisik,

Apakah benar semua ini,

Setelah diriku sudah kau risik,

 

Debaran kini makin terasa,

Tatkala aku merenenung matanya,

Sekali terbakar hati menyala,

Bagai disambar bak panahan mata,

 

Sekian lama ku menanti,

Kini baru ku menjumpai,

Kaulah Si Bunga Hati

Tetap Mekar sehingga ke mati,

 

Alangkah bahagianya rasa di jiwa,

Seperti burung bertebangan di udara,

Rasa ingin ku curahkan segala rasa,

Menanti Mahligai di singgah sana,

 

Selangkah aku pergi,

Diri dimakan oleh kerinduan,

Keluhan kesepian sering menghantui,

Bila kau sering ku ingatkan

Kembali ke Laman Utama


Posted at 09:16 pm by zuera_fadz
 




Friday, October 20, 2006
~@~Selamat Hari Raya Aidilfitri~@~




Sempena Hari Lebaran Yang bakal menjelma
Di sini zuera ingin mengucapkan kepada
semua pengunjung blog zuera

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
"Maaf Zahir & Batin"






Posted at 09:15 pm by zuera_fadz
 




Wednesday, August 02, 2006
~@~Kita Sebenarnya~@~

dot_moving.gif (17k)
KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA
SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengankeimanan kita.

KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,
kita lebih suka menjawab..

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

KITA SEBENARNYA SIAPA.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
dot_moving.gif (17k)
 
 
 

Posted at 07:23 pm by zuera_fadz
 




Monday, June 26, 2006
~@~F.R.I.E.N.D~@~


Posted at 06:56 pm by zuera_fadz
 




Wednesday, May 24, 2006
~Kisah bermulanya Sebuah Percintaan~

    

Image hosting by TinyPic

 

      Zaman persekolahan adalah zaman yg paling aku sukai…… tak payah memikirkan bagaimana nak mencari Duit…… Namun aku ader cerita sendiri disebalik semua ini…… Kisah ini bermula dari aku berusia 15 thn lagi…. Dimana Tahun itu aku akan menghadapi Peperiksaan yg bakal membawa aku kepada pengkhususan bidang yg aku minati……. Dlm usia sebegini muda …. Aku telah mengenali seorang jejaka diluar sekolah…..Kisah ini bermula dari mana.. aku pergi Berjalan ke sebuah PESTA RIA yg diadakan setiap tahun ditempatku…

    " Hai adik … boleh nak berkenalan… saya Zainal…" lantas menghulurkan tanganya untuk bersalaman…." Awk ni siapa..??? saya tak kenal awk lah.. awk nak aper nie..?? " Lantas aku berpaling … menunjukkan muka yg cukup penuh dengan kebencian memandang  seorang lelaki yg tak dikenali… " Saya dah lama memerhatikan awk…… Saya Cuma cuba untuk mengenali diri awk.." dlm hati ku berkata " apa yg aku nak buat ni.. aku dah mati akal.." dari tadi pemuda tu sering mengikut kemana saja arah jalanku…. " Tolonglah dik.. boleh bagi no fon…nanti saya contact awk yer.." aku betul2 keliru.... tak tahu aper yg aku harus lakukan…. Kemana perginya kawanku ni… dari tadi membeli air.. tak kunjung balik lagi…..tanpa membuang masa… aku cuba memberi alasan" Saya mana pakai no telefon.. muda lagi lah.. masih bersekolah lagi" "takper lah… takkan telefon rumah pun takder…" apalagi… lantas aku menjawab " takder la….. orang kata takder tak faham ker.." dengan nada yg kuat aku menengkingnya….. Lantas kawan ku memnaggil ku .." Murni…." Aku bergegas ke sana…. Apa lagi si pemuda ini masih mengikutku.. entah apa lah… yang dia mahukan dari aku ……" Hai… saya Zainal… saya teringin nak berkenalan dengan kawan awk nie … boleh tak..??" dengan segan silu kawan aku menjawab" boleh aper salahnya… dia pun masih belum berpunya….." hah!!!!! Geramnya aku nie… apasal dengan kawan aku nie…dengan selambanya dia terus memberikan no. telefon rumah aku kepada si pemuda tadi nie…

      Selang beberapa hari selepas ke PESTA RIA….. dengan tak disangka2 "Kringgg Kringgg" telefon ku berdering lantas aku mengangkat telefon…" Assalamualaikum…. Boleh saya berckp dengan Murni" "ye.. murni bercakap … siapa nie..???" " Masih ingat tak awk kenangan kita di PESTA RIA…." Aku terdiam seketika.. mengingatkan kembali… hah!!!!!!! Takkan si mamat tu telefon aku…….

Hari ini sudah hari ahad…. Petang nie aku akan pulang ke Asrama…. Aku mengambil keputusan untuk duduk di asrama… kerana aku tahu aku bakal menghadapi satu peperiksaan yg cukup penting…. Lantas dengan itu aku jarang berbual telefon dengan si pemuda itu……..rupa2 nya.. dari awl lagi dia dah selidik latarbelakangku… dia tahu aku bersekolah dimana…… walhal… laki tu sudah pun berumur 22 thn.. sedangkan aku ni masih berusia 15 thn… Patutkah aku berkawan dengan dier…… Tanpa disedari… hampir 2 tahun aku berkawan dengan Zainal…. Selama ni dia tak pernah mengambil kesempatan ke atas ku….

Malah memberi aku semangat untuk belajar…. Dia pun sekarang ni masih belajar di universiti tempatan….

     Keputusan S.P.M amat tak disangka2 aku mendapat 10 A dlm kesemua mata pelajaran yg aku ambil……..Lalu aku memohon untuk belajar di IPTA …..

Suatu hari … aku bertengkar dengan Zainal… kerana Zainal tidak mahu aku meneruskan pembelajaranku…… kerana dlm pada masa yg sama dia akan ke LONDON untuk meneruskan pengajiannya didalam bidang perubatan… dia ingin kami berumahtangga sebelum dia kesana.. kerana tak sanggup utk berpisah denganku…. Aku tidak bersetuju…" Kenapa Murni harus ikut cakap abg…. Murni ader cita2 sendiri.. murni juga ingin berjaya….." air mataku mula mengalir…… " sudahlah murni… abg tak sanggup nak melihat air mata turun menitis pipi murni.." Kami telah bersetuju untuk melanjutkan pelajaran masing2 ….. dan berjanji lepas tamat dengan jayanya … dia akan pulang kepangkuan ku untuk memperisterikan aku…

     Hampir 4 tahun aku sudah tidak menerima khabar dari nya…… Mungkin dengan alasan ku… dia sudah tidak menyayangi aku lagi….. aku sudah mula berputus asa….. bayangkan dalam masa 4 tahun tu aku tidak berhubung langsung dengan Zainal….. apatah lg mendengar khabarnya……..Satu hari .. rumahku dipenuhi dengan ramai kunjungan orang…. Aku hairan… kenapa aku tak tahu apa2pun… Rupa-rupannya ada orang datang merisik aku…….

Malam itu juga … aku bersetuju untuk menerimanya…. Kerana aku sudah berputus asa dengan Zainal…. Walaupun aku tahu, aku hanya mencari masalah dengan hanya bersetuju dengan lamaran itu…… Kini aku di tunangkan dengan seorang pemuda bernama Amir………… walaupun hubungan kami tak sebahagia aku bersama Zainal…. Aku cuba juga untuk melupakakan kenangan lama bersama Zainal…

     Satu hari , dimana aku didatangi oleh seorang pemuda yg menanyakan khabarku… " Assalamualaikum…. Cik Adik ni nak pergi mana… Sihat ker ??" kedengaran suara yg memanggilku dari belakang. Lantas aku menoleh.. Ya Allah betulkah apa yg aku lihat sekarang nie ….. Rupa2nya orang yg selalu aku ingati muncul dihadapanku……. Dengan kaku dan dengan rasa girangnya… aku menjawab " w'alaikumsalam….. Alhamdulilah sihat……." Itu saja yg mampu aku ucapkan… sungguh aku tak sangka ini semua akan bakal muncul dihadapan ku dengan sekelip mata….dengan tenang Pemuda tersebut menjawab.." Masih Kenalkah engkau kepadaku" Lantas Hati ku berdegup kuat….. dan pada masa yg sama kedengaran suara sayup memanggilku…. " Murni……..Murni……….." rupanya aku sudah leka seketika setelah melihat wajahnya yg mucul semula di hadapan ku, rasa bagai aku didalam duniaku sendiri…… setelah suara itu sudah hampir denganku…Lantas aku kenalkan dia kepada si Pemuda itu…. " Kenalkan ini Amir tunangku….." lalu si Pemuda tadi mengenalkan dirinya " Saya Zainal kawan sekolah Murni…" Kemudian Tunangku mengajak Zainal bersama kami untuk pergi menjamu selera di "Food Court" Lantas si Zainal menolak pelawaan itu, Mungkin dia tidak menyangka yg aku sudah berpunya…….Hati ku sungguh kecewa …..kenapa baru sekarang dia muncul dihadapan ku..??? kenapa tidak dulu lagi….??? Aku memerhati langkah Zainal….. Lalu aku meminta Diri untuk ketandas.. sedangkan aku hanya ingin berjumpa dengan Zainal…..  mungkin kerana masih banyak persoalan yg bermain dimindaku yg harus aku luahkan….……..

        " Zainal….zainal…." jeritku .. "Kenapa engkau tidak mahu menerima pelawaan tunangku…" dengan nada yg sedih pilu….. Zainal menjawab " Aku tak sanggup Murni …. Engkau dah berpunya"  aku hanya mampu berdiam dan menundukkan kepala sahaja " Sudah lama aku mencari engkau, tapi baru sekarang aku tahu kemana kau menghilang…" Dengan rasa segan aku bertanya " Zainal kalau engkau tak keberatan , boleh bagi no telefon engkau padaku" "Ambil ni," Zainal menghulurkan sekeping kad padaku" wah!!!! Tak sangka aku , sekarang nie dia sudah bergelar Doktor….." Baiklah zainal , Murni tak boleh lama sangat, nanti Abg Amir dah tunggu tu.." sambil menyimpan kad itu kedalam beg tangan tiba2 tanganku seperti ditarik…." Murni….. aku tahu engkau masih sayang padaku bukan.." Aku rasa seperti dihanyutkan oleh ombak yg besar ke laut…."Zainal aku sudah bertunang …" Dlm suasana yg agak tegang… muncul satu suara memanggil " Murni…" Lantas tanganku dilepaskan…

      Sudah hampir 2 hari aku masih meragui samada untuk menelefonnya atau tidak..Entahlah.. Allah sahaja yang maha mengetahui….. Akhir2 ni aku asyik teringatkan zaman perkenalan aku dengan Zainal…. Entah kenapa…??? Apakah yg bermain difikiranku…??? Adakah aku sudah beralih arah..?? Kemana jalanku sekarang..??? Banyak sungguh persoalan yg bermain dimindaku….."Ya Allah aku memohon kepadamu , berikanlah aku petunjuk " .

Pada hari ketiga , Keberanianku sudah terbukti… akhirnya aku mengambil keputusan untuk menelefonnya . " Assalamualaikum , boleh bercakap dengan Zainal " dengan nada yg gugup …" W'salam…. Ya saya bercakap.." lantas lidahku kelu untuk meneruskan percakapan…" erm…erm….erm…" "Murni ke nie…" wah !!! masih ingat dia akan suaraku ini…. Fuh!! Apa yg akan aku cakap sekarang nie " Murni saya tahu itu awak… cakaplah dengan saya" " Zainal… boleh kita jumpa tak..???"

     Keesokkan hari nya.. ini lah hari yg paling bahagia dlm hidupku… ingin berjumpa dengan si dia yg sudah lama aku rindui…. "Truttt Truttt……." Mesej diterima dari Amir mengajak ku keluar untuk berjumpa dengan nya…. "Ya Allah" … apa yg harus aku lakukan sekarang nie…. Harus kah aku berjumpa dengan Zainal.. atau mungkin……??? "ermm ermm erm….???" Dengan hati yg kuat aku membalas " Abg hari ni Murni dah janji nak keluar dengan kawan….. Kenapa Abg tak cakap awl2" Lantas berbunyi kembali satu lg mesej diterima " Baiklah Sayang , Jalan tu bebaik yer" Fuh!!!! Leganya….. tak tergambar kelegaanku…  Jam sudah hampir pukul 4 Ptg… Adoi!!! Pening dah kepala aku nie … Nak pakai baju aper yer..?? Warna aper nyer..??? seolah2 aku baru mula nak berjumpa dengan nya…. "Hehehehehe" ketawa kecil aku dibuatnya.. bila memikirkankan balik…. Tapi dalam hatiku tetiba berkata… Betulkah apa yg aku buat ni…??? Aku dah berbohong pasa Abg Amir..??? Salahkah aku..??? Kenapalah semua nie terjadi padaku …. Dengan tak disangka air mataku menitis mengenai pipi…..

     "Hai Zainal…. Aku sebe…nar……nya…." Ohhh !! tak sampai hatiku ,ingin berkata2 kepadanya.. " Murni kenapa ni cakap lah.." "takder apa… saja  nak bertanya khabar lagi….Awak sihat ker…??? Aku cuba menyembunyikan kesedihan ku lalu cuba untuk tersenyum.." ingatkan aper tadi…"

Dengan ketawa kecilnya…… " Aku rasa kita memang sudah ditakdirkn tiasa jodoh" dengan pantasnya aku menjawab.. " ya betul tu" sambil menundukan kepala…… tapi dalam hati siapa yg tahu hanya Tuhan sahaja yg mengetahui……. Betapa kecewanya aku bila dengar dia berkata sedemikian….

    Hampir 3 bulan kami berhubung sbg kawan, tanpa tak kuduga suatu hari aku terserempak dengan amir , tunangku…… apa lagi… aku kaku untuk berkata2 namun aku cuba utk bertenang…" oooo Ini lah kawan kau yer… yg selalu disamping tu…. Asal ajak keluar jer ader sahaja alasan.." Amir betul2 marah melihat aku dengan zainal…aku tidak boleh berkata apa selain berdiam diri…... Perhubuganku dengan Zainal putus sekerat jalan….. Apalah nasib yg menimpa diriku ini "Ya Allah… apa yg sudah aku lakukan,…. Benarkah apa yg aku lakukan…."

    Kini tak sampai 2 bulan aku menjadi tunangan orang….Zainal lah pengganti Amir…… Akhirnya kami diijabkabulkan dan dikurniakan 2 cahaya mata…. Alhamdulilah semua ni ketentuan Tuhan Allah yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui…….. Inilah yg dikatakan Jodoh Tidak kemana….. Jika jodoh dah ditentukan .. bak kata pepatah Melayu…." Takkan lari Gunung dikejar"……. Alhamdulilah… semua nya berakhir dengan kebahagian….

Kini aku hidup bahagia dia Samping suami yang amat aku sayangi serta anak-anakku.

Image hosting by TinyPic

 

 


Posted at 04:02 pm by zuera_fadz
 




Monday, February 27, 2006
~@~K.E.H.I.D.U.P.A.N~@~

Image Hosted by ImageShack.us

Perjalanan hidup..... meredah masa...

kini ku rasakan masih panjang lagi

Namun... bagaimana ia berakhir...

segala rintangan yang aku sudah hadapi

Oh Tuhan... Engkau sajalah yang Maha Mengetahui

Setiap detik, masa aku dipertaruhkan

bukan hanya sebagai tentangan

tapi itulah kehidupan......

Seumpama...

"Setiap yg hidup mesti merasai mati"

Aku selalu berdoa

agar perjalan hidup ini sentiasa diberkati olehNya....

"hingga sekarang aku menanti

walau tetap jauh di hati

akan kucuba untuk harungi

walau takdir sudah begini"

 


Posted at 08:34 pm by zuera_fadz
 




Monday, January 23, 2006
~@~L.O.V.E~@~

 

Your Love is Simply Magical

Turning each day of My Life

into a beatiful Dream!

 


Posted at 08:43 pm by zuera_fadz
 




Saturday, January 07, 2006
~@~Selamat Hari Raya Aidiladha~@~

line23tg.gif

" Selamat Hari Raya Aidiladha "

k47nh.gifGrace Of Allah... Wishes for an Eid blessed with the grace of Allah.k47nh.gif

Semoga raya tahun ini membawa makna korban yang lebih mendalam dalam hati kita. Sesungguhnya mungkin kita takkan setabah Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup meletakkan anaknya Nabi Ismail a.s. untuk dikorbankan tetapi kita harapkan ketabahan itu masih wujud di hati kita. Dengan iman yang teguh, mungkin pengorbanan kita boleh membawa erti yang lebih mendalam.

line23tg.gif


Posted at 01:31 pm by zuera_fadz
 




Tuesday, December 27, 2005
~@~Adam Tetap Rindukan Hawa~@~

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka,
 fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya.
 Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

 Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
 Untuk diluruskan oleh lelaki.
 Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
 Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

 Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka
 diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan
darinya.
 Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka
semakin
 liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka
 akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di
 situlah punca kekuatan dunia.

 Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
 Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
 Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

 Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
 Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
 Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia
 bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

 Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
 Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
 Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
 Bahkan akan semakin membengkok...
 Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

 Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru
hara....

 Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
 Tapi binalah kepimpinan...
 Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan
 diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah
 pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
 Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

 
tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
 andai diri tak sehebat SULAIMAN,

 mengapa mengharap teman setampan YUSOF,
 jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

 tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM
 andai diri tak sekuat HAJAR,

 Mengapa didambah kekasih sempurna MUHAMMAD atau KHADIJAH,
 Jika kita insan biasa...


Posted at 08:20 pm by zuera_fadz
 




Next Page
 
Photobucket - Video and Image Hosting




.........::kenali Diriku::.........
Nama:Arzura Bt. Mustapha
Nickname:zue_erra
T/Lahir:27 mac 1983
T/lahir:pulau pinang
Hobi:menonton tv, mendengar radio
E-mail:zue_erra@yahoo.com


   





 
<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31








Setiap yang pergi akan kembali

Setiap yang hilang akan berganti

Setiap yang hidup pasti akan mati

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan





~*~WEBSITE~*~


HOROSKOP

BERITA

LIRIK LAGU MELAYU

ROSE TYPE

HARDY ONLINE

UKHWAH


~*~BLOG~*~



PENULISANKU

VIRTUALMOVEMENT

KASIH_KEKASIH

RIYAS

ISWADI



~*~GAMES~*~


GAMES

TAKOBACHI GAME






"Khas untuk Pengunjung Blog ~Z.U.E.R.A~"










sahabat sedang online




Selagi hayat dikandung badan

Selagi langit memayungi bumi

Selagi mentari menyinari bumi

Selagi itulah kasih ku tetap padamu....
AAstounding
RRadical
ZZippy
UUnnatural
RRadiant
AAccurate

Name / Username:

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com





Saat mentari beradu

Rembulan pun bertemu

Hati ku menjadi sayu

Dalam kesamaran waktu


Mengapakah rinduku

Masih ada dalam kalbu

Sedangkan cinta itu

Sudah berlalu


Mungkin kah rasa bersalah

Kasih menghimpit jiwa

kerna terlalu leka

Membuat ku terluka


Dikau yang begitu setia

Tabah hadapi segala

Namun ku mencari alpa

Kesal akhirnya





Ku dikejar bayang-bayang resah

Bila hatimu masih tak berubah

Enggan dipunya dan dipenjara

Belaian cintaku ini


Aku bukan lelaki yang tewas

Bisa mengambang walau ku ditolak

Biar diuji kanan dan kiri

Kau kan tetap ku miliki


Tiada lafaz yang lebih agung

Kalimah cintamu

Yang ku tunggu-tunggu

Biar jasadku yang menanggung

Permainan darimu

Relaku pujuk


Janganlah kau salahkan aku

Terus memburu menawan cintamu

Daku percaya sedikit masa

Kau kecundang akhirnya

Myspace Graphics, MySpace Glitter Graphics, MySpace Glitters, MySpace Goodies, Myspace Codes at www.MyGlitterSpace.com


sebuah kisah nan indah

menanti di setiap ketika

walau hujan merimbuni
harus kuharungi jua walau dimana saja







 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed